Monday, February 14, 2011

Ayam Masak Kicap Serai




Hari ni cuba-cuba nak memasak
bukak laptop cari kat google jumpalah satu resipi ayam masak kicap serai ni kat satu laman blog
resipi ni terjumpa kat blog http://www.potretkasih.com
walaupon ni percubaan pertama tetapi agak berpuas hati ngan masakan nie
2 pinggan nasi tambah haha =D

Resepi Ayam masak kicap serai

  • 1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )
  • 2-3 batang serai ( hiris dan tumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( di hiris/ ditumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 3/4 inci halia ( ditumbuk )
  • 10 bi ji cili padi ( di masukkan sebiji2 )
  • 1 sudu kecil lada putih ( ditumbuk )
  • 4-6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam
  • minyak secukupnya

Cara penyediaan

1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan hiris/ tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.
3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.
Kalau nak sedap sket rasanya tambahkan sedikit serbuk kari satu sudu besar.




P/S : Terima Kasih kepada admin Potret Kasih atas resipinya.

4 comments:

  1. salam

    wah .. terbaek nih.. leh try kat umah... huhuhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Slm Alip.. thanks kerana sudi cuba resepi ayam kicap serai ni.... harap Alip berpuashati..

    ReplyDelete
  4. terima kasih lah sudi kongsi resepinya
    sangat mudah dan sedap =)

    ReplyDelete